Lima Hantu Yang Menggelapkan Wang Negara RM 880 billion Episod 2
By Laughin Kow in 正义之声 · Edit Doc
Jalil Ibrahim dilahirkan di Melaka. Dia merupakan pelajar yang pandai. Semasa belajar di sekolah, dia amat suka kepada subjek Matematik dan Sains. Dengan kegigihan, dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya memasuki Maktab Tentera Diraja selepas perperiksaan LCE. Dia meneruskan pelajarannya di New Zealand dan memperoleh Ijazah dalam perakaunan pada tahun 1971. Selepas tamat pelajaran, dia pernah menjadi guru. Pada tahun 1974, dia berkerja di BBMB sebagai juruaudit dan berjaya dinaik pangkat sebagai pengurus bahagian audit pada tahun 1978 kerana kegigihannya. Pada tahun 1980, dia mendapat biasiswa daripada BBMB untuk meneruskan pelajarannya di Switzerland dan memperoleh MBA.
Selepas tamat pelajaran, dia dinaik pangkat sebagai ketua penolong pengurus besar. Oleh sebab masalah pinjaman di cawangan BBMB di Hong Kong, dia telah dihantar untuk menyiasat tetapi malangnya dia telah meninggal dunia di sana. Isteri Jalil, Rosnawi merupakan graduan daripada Universiti Malaya dan berkerja sebagai guru. Mereka mempunyai 4 orang anak. Semasa Jalil meninggal dunia, anak sulung mereka, Ruzail Fitri hanya berusia 8 tahun, anak kedua, Razman berusia 6 tahun, anak perempuan, Ros Anita berusia 3 tahun dan anak bongsu, Ahman Razlan hanya 6 bulan dilahirkan. Kini, 4 orang anak Jalil telah menamatkan pelajaran daripada universiti dengan pertolongan daripada BBMB dan mereka mempunyai keluarga masing-masing. Sekiranya Jalil masih hidup, dia merupakan datuk sekarang.
Kematiannya telah membongkar rahsia Carrian Group. Pembunuh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Orang yang terlibat dalam kes ini semua telah ditangkap dan dihadap ke mahkamah. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibebaskan. Leon Osman, presiden BBMB cawangan Hong Kong telah melarikan diri ke London. Dia telah memohon habeas corpus untuk mengelakkan dirinya ditangkap selama 7 tahun. Akhirnya, dia telah diekstradisi ke Hong Kong untuk dihadap ke mahkamah dan dipenjarakan selama setahun. Oleh sebab kes ini terlalu kompleks dan terpaksa ditangguh untuk masa yang lama, kos perbicaraan sebanyak HK$ 220 juta telah digunakan.
Sekiranya anda Jalil, apa yang anda akan lakukan?
1. Melapor kepada ibu pejabat tetapi akan mengalami kebahayaan
2. Mendiamkan diri untuk menjaga keselamatan diri
3. Bersekongkol dengan mereka
4. Meletak jawatan
Hal ini berkaitan dengan masa hadapan negara. Sama seperti soalan ini, sekiranya anda tahu Barisan Nasional menyalahgunakan kuasa untuk rasuah, apa yang anda akan lakukan?
1. Menyatakan ketidakpuasan hati dan meneruskan perjuangan walaupun akan ditangkap
2. Mendiamkan diri untuk keselamatan diri dan menjalankan kehidupan seperti biasa
3. Bersekongkol bersama mereka untuk menggelapkan wang negara
4. Berhijrah ke luar negara
Walaupun kes ini sudah tamat, tetapi benarkah tiada udang di sebalik kes ini? Persoalan ini telah timbul, siapakah orang di sebalik semua ini dan siapakah yang meluluskan pinjaman sebanyak RM 2.5 billion? Untuk menyiasat skandal ini, kerajaan telah menubuhkan panel yang terdiri daripada 3 ahli, iaitu bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Nordin, Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim. Kuasa panel ini tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja, hak mereka telah dihadkan. Mereka hanya boleh menyiasat mengikut informasi yang diberikan oleh pihak berkenaan. Walaupun mereka berhak memanggil orang yang berkenaan daripada BBMB, tetapi mereka tidak dapat membuat apa-apa sekiranya orang yang dipanggil enggan bekerjasama.
Dengan kata mudah, panel ini ditubuhkan semata-mata atas permintaan masyarakat, bukan untuk menyiasat kebenaran. Mereka menggunakan masa 2 tahun untuk mengeluarkan laporan yang terdapat 6 ribu muka surat. Pihak berkenaan hanya menerbitkan 2 ribu laporan yang dijual kepada masyarakat dengan harga RM 250. Dalam laporan tersebut, Ahmad Nordin dengan jelasnya mengatakan bahawa ahli lembaga pengarah BBMB enggan memberi kerjasama yang sepenuhnya.
Laporan juga berkata bahawa cawangan BBMB di Hong Kong, Bumiputra Malaysia Finance, BMF dan Carrian Group mempunyai banyak rancangan bekerjasama.Dengan kata lain, BMF tidak akan wujud tanpa Carrian Group. Walaupun rancangan ini nampak kompleks, tetapi tujuannya sangat mudah: mengubah wang haram. BBMB melabur RM 3 billion dalam BMF pada tahun 1979. Dengan menggunakan George Tan sebagai wakil, BMF menggunakan wang tersebut untuk mencari lebih banyak keuntungan dan masuk ke dalam poket sendiri. Mujurlah kroni UMNO pada masa tersebut belum mahir dalam rancangan pengubahan wang haram dan banyak kelemahan telah wujud.
Lebih-lebih lagi, UMNO mengalami krisis kepimpinan pada masa tersebut selepas Tun Mahathir dan Musa Hitam menjadi pemimpin. Pada zaman 70-an selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Hussein Onn mengalami masalah untuk memilih timbalannya. Pada masa tersebut, Tengku Razaleigh merupakan naib presiden yang mendapat undi yang terbanyak. Tun Mahathir hanya memperoleh undi ketiga terbanyak. Tetapi, persefahaman telah wujud kerana Tun Mahathir dipandang tinggi oleh Tun Abdul Razak. Semasa Tun Mahathir dibuang parti oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak yang memulih keahlian Tun Mahathir. Oleh itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan untuk melantik Tun Mahathir sebagai timbalannya. Persefahaman telah wujud bahawa sekiranya Tun Hussein Onn bersara, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, timbalan akan diberi kepada Tengku Razaleigh.
Tetapi selepas Tun Mahathir menjadi perdana menteri, dia tidak mengikut persefahaman yang dicapai dan melantik Musa Hitam sebagai timbalannya. Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dan bertanding dengan Musa Hitam untuk kerusi Timbalan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1981. Oleh sebab Musa Hitam mendapat sokongan Tun Mahathir, dia telah menang dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden. Pada tahun 1984, Tengku Razaleigh bertanding lagi, tetapi gagal juga. Pada tahun 1985, Musa Hitam yang turut merupakan Menteri Dalam Negeri mempunyai percanggahan pendapat dalam Peristiwa Memali dengan Tun Mahathir. Musa Hitam meletak jawatan secara tiba-tiba pada tahun 1986, dan hanya mempertahankan Timbalan Presiden UMNO.
Untuk menghadapi peletakan jawatan Musa Hitam, Tun Mahathir melantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara. Musa Hitam yang asalnya bermusuhan dengan Tengku Razaleigh pula membentuk pakatan untuk menghadapi cabaran daripada Tun Mahathir dan Ghafar Baba pada tahun 1987. Oleh sebab pembelotan Najib, menteri besar Pahang pada masa itu yang dipercayai menyokong pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, Tengku Razaleigh telah kalah dengan perbezaan 43 undi. Tun Mahathir berjaya mempertahankan jawatan presidennya. Adakah persengketaan UMNO berkaitan dengan skandal ini?
Melalui laporan daripada Ahmad Nordin, skandal ini hanya sebahagian daripada apa yang sebenarnya sedang dan sudah berlaku. Dalam laporan tersebut, Ahmad Nordin juga berkata bahawa terdapat orang di sebalik skandal ini. Orang tersebut tidak boleh disiasat dan semua yang berlaku berada dalam kawalannya. Yang disiasat dan dijatuhkan hukuman hanya merupakan kambing hitam sahaja. Tetapi, Laporan Ahmad Nordin menyebabkan kemarahan kerajaan terutama Tun Mahathir. Tun Mahathir tidak berpuas hati dengan laporan ini dan menafikan terdapat orang di sebalik skandal ini. Dia juga mengkritik Ahmad Nordin bahawa dia berpakat dengan pembangkang untuk merosakkan nama kerajaannya.
Siapakah orang di sebalik semua ini? Kita semakin hampir dengan jawapan………
By: Mask Man
http://www.facebook.com/groups/220041441344085/doc/347597798588448/
订阅:
博文评论 (Atom)
没有评论:
发表评论