2012年1月11日星期三

Lima Hantu Yang Menggelapkan Wang Negara RM 880 billion Episod 1

Siapakah yang telah membunuh dia!

Pada tahun 1983 18 hari bulan Jun, polis Hong Kong telah menjumpai sebuah mayat di ladang pisang berhampiran dengan New Territories, Hong Kong. Mayat yang dijumpai tidak mempunyai kad pengenalan dan dompet. Tiada sebarang maklumat mengenainya. Tiada sesiapa tahu siapa dia sebenar dan mengapa dia akan dibunuh di ladang pisang yang jarang dilalui orang tersebut. Polis hanya menjumpai duit syiling Malaysia dalam poketnya.

Selepas siasatan 24 jam, polis berjaya mengetahui identiti mayat tersebut. Rupa-rupanya, dia merupakan Jalil Ibrahim yang dilapor hilang oleh rakannya dua hari yang lepas. Dia merupakan penolong pengurus besar Bank Bumiputra Malaysia Berhad. Pada mulanya, polis Hong Kong mempercayai kes ini hanya kes pembunuhan biasa. Tetapi selepas polis menjumpai diarinya dan surat yang belum sempat dikirim kepada isterinya, polis baru mengesyaki bahawa kes ini melibatkan rahsia yang akan menguggat bidang kewangan antarabangsa. Melalui surat dan diarinya, polis mula mengesyaki bahawa dia mungkin sedang menyiasat dan mengetahui rahsia yang bakal membawa akibat yang teruk kepada diri sendiri, bank mahupun negara kita.

Dia menulis surat kepada isteri di Malaysia selepas mengetahui keadaannya semakin bahaya bahawa sesuatu urus niaga yang dijalankan pada pandangannya adalah salah, tetapi dia gagal menghalangnya berlaku. Dia juga memberitahu isterinya dia telah menolak sebanyak US 4 Juta daripada dipinjam keluar. Polis mengesyaki dia telah diculik pada hari dia menulis surat kerana surat tersebut belum dikirim keluar. Pada hari mayatnya ditemui juga, pinjaman yang dihalangnya telah berjaya dipinjam keluar. Jalil telah dihantar oleh ibu pejabat BBMB di Malaysia untuk menyiasat beberapa pinjaman yang bermasalah pada bulan November tahun 1982. Selepas siasatan lanjutan, polis mendapati BBMB cawangan Hong Kong telah mengeluarkan pinjaman kepada beberapa syarikat berkenaan yang berjumlah RM 2.5 billion, jumlah yang agak besar pada masa tersebut. Pemilik syarikat berkenaan merupakan orang yang sama, iaitu George Tan Soon Gin.

George Tan merupakan orang Malaysia dan pada masa yang sama mempunyai kewarganegaraan Singapura. Dia merupakan jurutera sivil di Singapura tetapi telah mengisytiharkan muflis. Pada tahun 1972, George Tan yang berumur 37 memasuki Hong Kong dengan pasport yang hanya 3 bulan. Pada tahun 1978, George Tan menubuhkan syarikat Carrian Group dan turut menubuhkan syarikat-syarikat yang berkenaan dan semua syarikat tersebut telah dimajukan. George Tan juga mempunyai hubungan yang erat dengan Tengku Razaleigh dan presiden MCA, Lee Sam Choon.

Pada zaman 70-an, George Tan membeli sebuah syarikat awam Hong Kong dan menamakan sebagai Carrian Investment Berhad. Dia juga membeli Gammon House yang merupakan salah satu hartanah yang paling berharga di Hong Kong dengan HK$ 1 billion. Berita ini sering diuar-uarkan oleh media massa Hong Kong tetapi tiada sesiapa yang tahu sumber wangnya dan latar belakang orang yang di sebalik pembelian ini. Carrian Group telah menjual Gammon House dengan HK$ 1.68 billion selepas pembelian hanya 6 bulan. Saham Carrian Group turut meningkat daripada HK$ 6 hingga HK$ 15.40 dalam 9 bulan dengan kadar peningkatan sebanyak 250% !

Selepas kematian Jalil 3 bulan, dengan siasatan polis, George Tan telah dihadap ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun pada tahun 1996. Kerajaan Hong Kong terpaksa meminda akta untuk mengelak kes seperti ini berlaku lagi.

By: Mask Man

http://www.facebook.com/groups/220041441344085/doc/347597051921856/

没有评论:

发表评论